Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKL Jun 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Tarikh Tutup
1. Akauntan WA48 Satu (1) Tetap 12 June 2023
2. Pegawai Tadbir N41 Dua (2) Tetap 12 June 2023
3. Pemandu Kenderaan H11 Sepuluh (10) Kontrak 12 June 2023

Tarikh tutup permohonan 12 Jun 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MPKL Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKL Jun 2023

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

b) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

c) Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di penjuru kanan sampul surat.

d) Sijil dan diploma perlu disertakan bersama-sama surat pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

e) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan hanya calon-calon yang layak melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

f) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

g) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 12 Jun 2023 (Isnin), jam 4.30 petang pada tarikh tutup permohonan ke :

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong