Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Inspektor Polis Gred YA13 Tahun 2023

Jawatan kosong terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online adalah dipelawa memohon kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

1. Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan 10 Julai 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Inspektor Polis Gred YA13 Tahun 2023

Syarat-Syarat Kelayakan

Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor Polis YA13 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau

viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];

xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal :

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Diskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

Kelayakan Gaji

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,502.00 - RM9,803.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM230.00

Elaun dan Kemudahan

Elaun Tetap Perumahan : RM 450
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 300
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam : RM 500
Elaun Istiadat ( 3 tahun sekali) : RM 3050
Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

Cara Memohon

1. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut : 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023

2. Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan :

1) Masukan 'ID Pengguna' dan 'Kata Laluan';
2) Klik butang 'Log Masuk';
3) Klik butang 'Permohonan Baru';
4) Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5) Klik butang 'Serah'.

3. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM

Permohonan jawatan secara online di ePengambilan PDRM disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong