Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FAMA Jun 2023

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagaimana berikut.

1. Akauntan WA41
2. Juruaudit W41
3. Penolong Jurutera JA29
4. Penolong Juruaudit W29
5. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
6. Pembantu Tadbir (P/O) N19
7. Pembantu Akauntan W19

Tarikh tutup permohonan 26 Jun 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri, Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong FAMA Jun 2023

Syarat-Syarat Umum

Umur :

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Penempatan :

Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh Malaysia.

Tempoh Percubaan :

Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :

i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon

i) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web Sistem ePerjawatan FAMA (sila kepautan yang diberikan di bawah)

(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.

(iii) Permohonan bagi Gred 41 dan Gred 29 perlu memuat naik surat Pengiktirafan Akreditasi bidang Pengajian dari sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (MQA). Pemohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

(iv) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

(v) Tarikh tutup iklan jawatan pada 26 Jun 2023 (Isnin).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian:

03-61262020 samb: 2338, 2212, 2341, 2043, 2321, 2096.

Atau emailkan kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong