Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2023. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempelawa pemohon Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.

1. Pegawai Penerangan Gred S41
2. Pegawai Undang-Undang Gred L41
3. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41
4. Pegawai Teknologi Makanan Gred C41
5. Penolong Pegawai Penyelidikan Sosial Gred N29

Tarikh tutup permohonan 16 Jun 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : DBKK Sabah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Jun 2023

Cara Memohon

a. Borang permohonan boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:-

(i) Bahagian Kaunter Pembayaran, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat DBKK

(ii) Bahagian Kaunter Pembayaran, Pejabat DBKK, Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah.

b. Semua permohonan daripada pegawai-pegawai kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi pada tahun semasa.

c. Borang permohonan yang telah dilengkapi beserta dengan salinan sah Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Kelulusan Kelayakan Akademik dan Gambar Berukuran Pasport hendaklah dikemukakan kepada:-

PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NO. 1, JALAN BANDARAN
88675 KOTA KINABALU, SABAH

Atau serahan tangan ke:-

JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
TINGKAT 7, BANGUNAN CENTRE POINT SABAH

Borang Permohonan yang telah lengkap mestilah dikemukakan tidak lewat dari tarikh 16 Jun 2023 (Jumaat).

Catatan Am

a. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan terpilih selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

b. Bagi kakitangan kerajaan, semua permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang tidak melalui Ketua Jabatan akan ditolak. Namun sekiranya Ketua Jabatan pemohon tidak berada dalam pejabat dalam tempoh iklan ini kerana berkursus, bercuti dan sebagainya, maka surat permohonan tersebut hendaklah melalui pegawai kanan yang berikutnya di jabatan berkenaan.

c. Perbelanjaan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan ini (sekiranya terpilih) adalah atas tanggungan pemohon.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e. Pemohon-pemohon tidak boleh meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Sesiapa yang mendapatkan sokongan secara bertulis atau lisan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan boleh menyebabkan permohonan mereka tidak diberikan pertimbangan. Surat sokongan hanya boleh diberikan oleh Ketua Jabatan/Bahagian dimana pemohon-pemohon tersebut ditempatkan.

f. Sebarang keputusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berhubung pengisian jawatan ini adalah muktamad.

g. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di talian 088-244000 ext. 620/628.

Iklan dan syarat-syarat kelayakan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong