Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM)

Jawatan kosong terkini di Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan Personel MySTEP di Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM) sepertimana berikut.

1. Pembanci (Pembanci Di Lapangan)
Status : Kontrak
Kadar upah : RM 1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU JPM) Mei 2023

Syarat Lantikan

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

iv) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah mengisi borang permohonan ICU/PPNPP/PEMBANCI-19/2023 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila kemukakan borang permohonan beserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan, salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat yang berikut:

PENGARAH
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM)
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 6, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara
13200 Kepala Batas
PULAU PINANG
(U.P.: SEKSYEN KESEJAHTERAAN RAKYAT)

Atau boleh juga dihantar melalui emel

hafiz.zamri@ppg.icu.gov.my

Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Mei 2023 (Rabu), sebelum jam 4:30 petang ke alamat emel tersebut atau dihantar secara manual ke alamat seperti di atas dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong