Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negeri Perak 2023

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Taman Negeri Perak 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Taman Negeri Perak sepertimana berikut.

1. Penolong Pemelihara Hutan G29

Tarikh tutup permohonan 21 Mei 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : Perak
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negeri Perak Mei 2023

Jawatan : Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred Gaji : RM1,494.00 - RM5,674.00

Kelayakan / Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tau Kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29 : RM 1,494.00); atau 
(ii) Diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada Institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29 : RM 1,847.86)

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat lain

(i) Keutamaan akan diberikan kepada Rakyat DYMM Sultan Perak. Jika sekiranya pemohon dilahirkan di Luar Negari Perak sila sertakan Salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon. 
(ii) Mempunyai pengalaman di dalam bidang pelancongan, komuniti dan penganjuran program. 
(iii) Terlibat dalam kerja-kerja penguatkuasaan, pemantauan dan kerja lapangan. 
(iv) Pemohon yang mempunyai pengetahuan dalam Eko Pelancongan/Alam Sekitar/Sains Marin dan Perhutanan diberi keutamaan.
(v) Pemohon yang boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris adalah digalakkan memohon.
(vi) Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
(vii) Permohon perlu berkebolehan untuk mengendalikan komputer dengan baik.
(viii) Mempunyai kemahiran dalam "Software Graphic Design" dan multimedia amat digalakkan.
(ix) Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Taman Negeri di bawah selian Perbadanan Taman Negeri Perak.

Cara Memohon

- Pemohon yang berminat hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau sila kepautan yang diberikan di bawah.

- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan Salina Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil IJAZAH dalam bidang berkaitan, Sijil Berhenti Sekolah, Lain-lain Sijil dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan berserta dengan sekeping gambar terbaharu berukuran pasport. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

- Permohonan tersebut hendaklah dipos atau dihantar dengan serahan tangan ke alamat seperti berikut :

PERBADANAN TAMAN NEGERI PERAK
NO. 28, 28A & 28B, JALAN LANG INDAH A/1 
PUSAT PERNIAGAAN LANG INDAH
30010 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel : 05-525 3800
Faks : 05-241 1021
E-mel : stateparks@perak.gov.my

Catatan :

Tarikh tutup permohonan pada 21 ME| 2023 (AHAD).

Permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dan tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak berjaya.

Calon yang dipanggil temuduga perlu membawa sijil asal semasa sesi temuduga dijalankan.

Segala kos pengangkutan adalah dibawah tanggungan sendiri.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong