Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pendidik Taska Genius Perpaduan S29

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Labuan sepertimana berikut.

1. Pendidik Taska Genius Perpaduan S29

Tarikh tutup permohonan 29 Mei 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : W.P Labuan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pendidik Taska Genius Perpaduan S29 2023

Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 
(Pendidik Taska Genius Perpaduan) S29 (Kontrak)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Agensi : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Labuan
Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan

Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,493.00 – RM5,672.00
Elaun :
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 160.00
Bayaran Insentif Wilayah (BIW) RM 261.27

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan: RM1,770.95);

4. Memperolehi sekurang-kurangnya “Kepujian” (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Keutamaan adalah bagi pemohon yang berasal atau bermastautin di W.P. Labuan

Deskripsi Tugas

1. Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran TASKA.

2. Menyediakan rancangan pengajaran.

3. Memberi perkhdmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

4. Memastikan keselamatan kanak-kanak terjaga dan terkawal.

5. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang mampu memupuk budaya pembelajaran kearah pembentukan kanak-kanak yang berdikari, berdaya kreatif, berkeyakinan,bersemangat dan berjaya.

6. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan Dan Kenaikan Pangkat 2005.

3. Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Kad Pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, resume, salinan sijil berhenti sekolah, salinan Lesen Memandu dan Sijil Lengkap Vaksinasi Covid-19 sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah DIPERAKUI SAH oleh (Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas).

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
NO. 4A-1, TINGKAT 4, BLOK 4,
KOMPLEKS UJANA KEWANGAN
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mei 2023 (Isnin).

Panggilan Temuduga

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 087-413 366 atau emel ke : ppnlabuan@perpaduan.gov.my

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI