Follow Jawatan Kosong on TikTok Follow Now

Jawatan Kosong MAIK Mei 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada peranakan Negeri Kelantan dan terbuka kepada Wanita sahaja) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebegaimana berikut.

1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Qiraat) S41
2. Pegawai Tadbir (Pensyarah Pengajian Umum) N41
3. Penyelia Asrama N19
4. Pengawal Keselamatan KP11

Tarikh tutup permohonan 17 Mei 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : MAIK Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAIK Mei 2023

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3HNVuAu 

2. Iklan dan syarat permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

3. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

4. Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.

5. RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja
  • Rujukan
6. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mei 2023 (Rabu).

Perkara Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong