Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Muzium Kedah Darul Aman 2023

Jawatan kosong terkini Muzium Kedah Darul Aman 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan oleh Muzium Kedah sepertimana berikut.

1. Pembantu Muzium Gred S19

Tarikh tutup permohonan 17 April 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Muzium Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Muzium Kedah Darul Aman 2023

Jawatan : Pembantu Muzium Gred S19
Klasifikasi perkhidmatan : Sosial
Kumpulan perkhidmatan : Pelaksana
Taraf : Kontrak
Kekosongan : Dua (2)
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,352.00 - RM4,003.00
Kadar kenaikan gai tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,352.00); atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,408.40); atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,464.80); atau
iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan

Borang MNK 1/2023 yang berharga RM 2.00 boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pejabat Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat berikut:-

PENGARAH,
MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
LEBUHRAYA DARUL AMAN,
BAKAR BATA,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2023 (Isnin), jam 4.00 petang.

Perhatian Kepada Pemohon

1. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

2. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak

3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

5. Pentadbiran Muzium Negeri Kedah Darul Aman tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong