Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MP Kluang 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandran Kluang (MP Kluang) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia khususnya kepda rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di MP Kluang sepertimana berikut.

1. Penolong Jurutera JA29
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19

Tarikh tutup permohonan 07 Mei 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : MP Kluang, Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MP Kluang 2023

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah membuat permohonan secara online di laman web MP Kluang (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Perhatian kepada pemohon

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklahdisertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini sertaLaporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

b) Permohonan bagi jawatan Gred 29 hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut :

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
ii. Menggunakan suara pemohon sebenar
iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:
  • Ringkasan Latar belakang keluarga pemohon
  • Ringkasan latarbelakang Pendidikan pemohon
  • Ringkasan pengalaman kerja pemohonan
  • Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
  • Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan
  • Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon
o Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
  • Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
  • Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
  • Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon
iv. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat hrmpkluang@gmail.com. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai nama pemohon / No.KP dan jawatan dipohon (rename). [Ali bin Abu 000130015213 Penolong Pegawai Tadbir N29]

c) Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan dan muat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Pemohon yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tidak lengkap akan DITOLAK.

d) Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai tidak TIDAK BERJAYA.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Mei 2023 (Ahad).

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan MP Kluang secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong