Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Melaka serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) sebagaimana berikut.

1. Jurutera J41
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
3. Penolong Jurutera (Awam) JA29
4. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
5. Pembantu Tadbir (P/O) N19
6. Pembantu Penguatkuasa KP19

Tarikh tutup permohonan 27 Oktober 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : MP Jasin, Melaka.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) Oktober 2023

Cara Memohon

(a) Semua permohonan jawatan dimestikan menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara dalam talian (online) google form. Sila ke pautan yang diberikan seperti di bawah.

(b) Iklan dan syarat kelayakan sila kepautan yang diberikan di bawah.

(c) Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

(d) Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan.

(e) Permohonan secara dalam talian ini hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Kelayakan Akademik dan salinan sijil-sijil yang berkaitan bagi menyokong permohonan jawatan ini. Sila pastikan setiap dokumen yang dimuat naik tersebut hendaklah DISAHKAN.

(f) Ijazah / Diploma / Sijil yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/esisraf, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

(g) Pegawai-pegawai Kerajaan / Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedang berkhidmat dikehendaki membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.

(h) Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Oktober 2023 (Jumaat).

(i) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya: -

i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
ii. Tidak lengkap;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan.

Catatan Am

(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan dan berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temu duga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan setelah ditemu duga / selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan / temu duga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pihak Majlis Perbandaran Jasin berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.

(d) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong