Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Johor National Parks 2023

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Taman Negara Johor atau Johor National Parks 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Johor National Parks sepertimana berikut.

1. Penolong Pemelihara Hutan G29
2. Pembantu Laut A19

Tarikh tutup permohonan 10 Ogos 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : Johor
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Johor National Parks Ogos 2023

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis menggunakan pen biru atau hitam dan tulisan tangan pemohon dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR (pengesahan tulisan tangan akan dibuat semasa sesi temuduga).

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah diakui sah salinannya (Pegawai yang layak membuat pengesahan Salinan dokumen adalah daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred41, Kumpulan A dan ke atas dan lain-lain seperti Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Wakil Rakyat/Senator/Ketua Masyarakat).

(d) Bagi permohonan jawatan kosong Gred 29 dan ke atas perlu menyediakan video resume yang berdurasi tidak melebihi daripada 3 minit yang menggunakan suara pemohon sebenar dengan rakaman menampakkan penampilan diri daripada kepala hingga ke paras lutut dan berpakaian pejabat atau formal. Video resume tersebut hendaklah dihantar melalui e-mel jnpc@johor.gov.my dan ianya perlu merangkumi sebahagian besar perkara-perkara berikut: 

i. Ringkasan latar belakang keluarga pemohon;
ii. Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon;
iii. Ringkasan pengalaman kerja pemohon;
iv. Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon;
v. Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon;
vi. Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon;
vii. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau NGO;
viii. Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon;
ix. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon; dan
x. Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon;

(e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab A – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 bersama Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta salinan Laporan Nilai Prestasi Tahunan terakhir.

(f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar atau dimajukan (Waktu Pejabat sekiranya melalui serahan tangan) ke alamat sepertimana berikut:

Pengarah
Perbadanan Taman Negara Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang
Kota Iskandar
79575 Iskandar Puteri
JOHOR DARUL TA’ZIM

(g) Sila tuliskan nama jawatan (huruf besar) yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.

5. Permohonan berikut akan DITOLAK, sekiranya

(a) Tidak menggunakan borang permohonan yang telah disediakan;
(b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diakui sah serta salinan video resume;
(c) Tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam iklan;
(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
(f) Tidak menandatangani borang permohonan jawatan kosong; dan
(g) Tidak mematuhi prosedur permohonan yang dinyatakan pada iklan & borang Jawatan Kosong.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Ogos 2023 (Khamis), jam 12.00 tengahari.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong