Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM) 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Laut Malaysia (JLM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) sepertimana berikut.

1. Personel MySTEP
- Taraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kadar Upah : RM1,700.00
Kekosongan : 13
Tempoh : 7 bulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit serta caruman KWSP dan perlindungan PERKESO.

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM) April 2023

Syarat Kelayakan

1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Berpengetahuan dalam bidang ICT dan penyelenggaraan komputer;
4. Berkebolehan menggunakan Microsoft Office dalam melaksanakan tugasan yang meliputi rekod, database, fail-fail, pendaftaran dan pelupusan aset, pengemaskinian data statistik, tugas pengkeranian dan lain-lain;
5. Berpengetahuan dalam menguruskan media sosial, bahan penerbitan dan pengurusan majlis rasmi;
6. Berkebolehan dalam bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
7. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat emel : sitizuriani@marine.gov.my atau menghubungi Puan Siti Zuriani binti Mohd Ridzuan di talian 03-3346 7864 berserta dokumen berikut:

i. Resume beserta gambar berwarna; 
ii. Salinan Kad Pengenalan; dan 
iii. Salinan Sijil Akademik.

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 9 April 2023.

Calon yang berjaya untuk temuduga akan dihubungi melalui telefon.
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong