Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) UiTM 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mac 2023. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

1. Pensyarah UiTM
Bidang :
- Pengurusan Rekod
- Penurusan Perpustakaan
- Pengurusan Sistem Maklumat
- Bahasa Mandarin
- Perakaunan

Tarikh tutup permohonan 16 Mac 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : UiTM Kampus Segamat, Johor.
Sektor : Kerajaan

Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) UiTM 2023

1. Pensyarah UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) Syarat Kelayakan

i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.
ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang.
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.
iv. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
v. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
vi. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana).
vii. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda.
viii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan.
ix. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

Cara-cara Membuat Permohonan

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang boleh diperolehi dengan memuat turun pada pautan yang diberikan di bawah atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

c. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

e. Pemohon-pemohon mestilah sedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mac 2023 (Khamis).

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM.12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2273 / 2486 / 2020

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

2 comments

  1. I am Sudanese,Phd holder for Arabic lang,More than 10 years exp for teaching Arabic langauge for native speaker and non native speaker in Sudan,Thailand,Indonesia and USA online.
    Seeking vacancy job for teaching Arabic language.
    1. Try apply here : https://huris.iium.edu.my/recruitment/ads/show?post=3200592
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong