Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUK Johor 2023

Jawatan kosong terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUK Johor) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Unit Korporat Dan Kualiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sepertimana berikut.

1. Pembantu Operasi N11

Tarikh tutup permohonan 13 April 2023.
Lokasi penempatan : SUK Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SUK Johor Mac 2023

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang UKK.01 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan dokumen- dokumen seperti berikut: -

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil / Diploma / Ijazah / surat akuan berkaitan.
(v) Lesen memandu

3. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A / Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

4. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

5. Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

UNIT KORPORAT DAN KUALITI,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
ARAS 3, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD, KOTA ISKANDAR,
79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 April 2023 (Jam 12:00 tengah hari).

Catatan Am

i. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong