Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUHAKAM November 2023

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Tarikh tutup permohonan 15 November 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : SUHAKAM, Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong SUHAKAM November 2023

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Tangga gaji : RM1,352.00 dan elaun tambahan sebanyak RM765.00 sebulan
Taraf Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)
Lokasi Pejabat : Pejabat Sarawak

Syarat Kelayakan

(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
(iii) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum; dan
(iv) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam pemfailan, dan pengurusan masa yang baik.

Tugas Dan Tangungjawab

Pembantu Tadbir di Pejabat Sarawak adalah bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

1) Membantu dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan operasi dan program;
2) Melaksanakan tugasan perkeranian dan operasi Pejabat Sarawak;
3) Membuat persediaan untuk mesyuarat serta memastikan bilik mesyuarat berada dalam keadaan baik;
4) Membuat salinan dan penyediaan dokumen untuk tujuan mesyuarat dan lain-lain program;
5) Menguruskan sistem pemfailan, rekod penerimaan aduan dan sebagainya; dan
6) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh penyelia mahupun Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 15 November 2023 (Rabu) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang mengemukakan CV serta sijil yang lengkap akan dipertimbangkan.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong