Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2023

Jawatan kosong terkini di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan Anak Kelahiran Negeri Sembilan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sebagai:

1. Pegawai Tadbir Gred N41

Tarikh tutup permohonan 08 Mac 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2023

a) Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
c) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbir Dan Sokongan
d) Taraf Jawatan : Kontrak
e) Jumlah Kekosongan : 2 orang
f) Gred/Jadual : Gred N41
RM2,080.00- RM9,546.00
[Kadar kenaikan gaji tahunan RM 225.00]

g) Elaun : 

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM300.00
i) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM300.00
iii) Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) - RM300.00

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia dan Anak Kelahiran Negeri Sembilan
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N41: RM 2,080.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N41: RM 2,283.43).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas / Lain-lain Maklumat

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pengurusan dokumen perjanjian, kontrak dan dokumen perundangan, menyemak draf-draf perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) serta menyemak draf-draf dokumen berkaitan perundangan.

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pautan yang di berikan di bawah.
b) Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan dihantar selepas tarikh tutup, akan DITOLAK.
c) Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Borang permohonan secara atas talian (online) hendaklah dicetak dan perlu dibawa bersama semasa temu duga.
d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Mac 2023 (sebelum jam 5.00 petang).

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong