Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPPD 2023

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) 2023. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Sembilan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Tarikh Tutup
1. Pegawai Tadbir N41 Kontrak 11 April 2023
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 Tetap 11 April 2023
3. Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran U29 Tetap 11 April 2023
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Tetap 11 April 2023
5. Pembantu Tadbir (P/O) N19 Tetap 11 April 2023
6. Pembantu Kesihatan Awam U19 Kontrak 11 April 2023
7. Pembantu Penguatkuasa KP19 Kontrak 11 April 2023
8. Pembantu Akauntan W19 Kontrak 11 April 2023
9. Pembantu Penilaian W19 Kontrak 11 April 2023
10. Penjaga Jentera Elektrik J19 Kontrak 11 April 2023
11. Pemandu Kenderaan H11 Tetap/ Kontrak 11 April 2023
12. Penghantar Notis N11 Tetap 11 April 2023
13. Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak 11 April 2023
14. Pembantu Operasi N11 Kontrak 11 April 2023

Tarikh tutup permohonan 11 April 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : MPPD Negeri Sembilan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPPD April 2023

Cara Memohon

1. Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson boleh dimuat turun selepas melengkapkan Borang Maklumat Pendaftaran di Google Form dan satu (1) borang adalah terhad untuk satu (1) jawatan sahaja.

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut:
  • Gambar warna berukuran pasport;
  • My Kad/Kad Pengenalan (telah dipalang ‘untuk kegunaaan MPPD sahaja’)
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Berhenti Sekolah;
  • Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik;
  • Sijil-Sijil yang berkaitan dengan bidang
  • Salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam. (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2022 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

4. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Tarikh akhir tutup dan penghantaran borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson adalah pada 11 April 2023 (Selasa) jam 5.00 petang. Sebarang penghantaran borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima.

Permohonan Berikut Akan Ditolak
  • Borang permohonan dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah seperti para 2; dan
  • Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.
Sila Ambil Perhatian

(i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian kecergasan / ujian bertulis dan temu duga melalui surat panggilan, email atau khidmat pesanan ringkas (mysms).

(ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).

(iii) Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 April 2023 (Selasa), jam 5.00 petang.

Iklan dan syarat-syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong