Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MDBB Mac 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Kedah Darul Aman yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) Serdang, Kedah sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Jawatan
1. Penolong Pegawai Penilaian W29 Satu (1) Tetap/ Kontrak
2. Pen. Peg. Perancang Bandar Dan Desa JA29 Satu (1) Kontrak
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19 Empat (4) Tetap/ Kontrak
4. Pembantu Awam H11 Dua (2) Kontrak
5. Pembantu Awam H11 Dua (2) PSH

Tarikh tutup permohonan 16 Mac 2023.
Lokasi penempatan : MDBB Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MDBB Mac 2023

Cara Memohon

i. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Bandar Baharu yang boleh didapati di Kaunter Kewangan, Majlis Daerah Bandar Baharu dengan bayaran proses RM 3.00 atau muat turun secara percuma pada pautan yang diberikan di bawah.

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan dokumen seperti berikut :
  • Dua (2) keping gambar berukuran passport
  • Kad pengenalan\sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Lain-lain dokumen sokongan (sekiranya perlu)
(Salinan Sijil-Sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A Gred 41 dan ke atas (kumpulan Pengurusan dan Profesional)/ Pengetua Sekolah Menengah/ Penghulu Mukim)

iii. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah AM Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama;

iv. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak :-
  • Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  • Borang permohonan tidak lengkap diisi oleh pemohon. Pemohon diminta mengisi dengan lengkap semua ruangan yang disediakan pada borang permohonan jawatan MDBB.
v. Hanya calon-calon yang Berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL, SURAT ATAU PANGGILAN TELEFON.

vi. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

vii. Iklan perjawatan ini boleh dirujuk dengan memuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

viii. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz 22cm x 32cm. ke alamat :-

TUAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU
09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.
(U.P : Bahagian korporat Dan Khidmat Pengurusan)

ix. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di Kaunter Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Bandar Baharu.

x. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

xi. Tarikh tutup permohonan : 16 MAC 2023 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI.

ix. Borang permohonan jawatan juga boleh diserahkan di Kaunter Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Bandar Baharu.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong