Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAMPU 2023

Jawatan kosong terkini di Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sepertimana berikut.

1. Penolong Pengarah (Gred 41)
2. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)

Tarikh tutup permohonan 15 & 17 Mac 2023.
Lokasi penempatan : MAMPU Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAMPU Mac 2023

1. Jawatan : Penolong Pengarah (Gred 41)
Kadar Upah : RM2,100.00 sebulan
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga Disember 2023
Penempatan : Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri.

Syarat-syarat permohonan

Individu yang ingin memohon jawatan kosong MySTEP hendaklah:

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
iii. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah atau setaraf
iv. Berpengetahuan dalam bidang ICT dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint & Adobe Photoshop)
v. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum

Cara Memohon Jawatan MySTEP - Penolong Pengarah (Gred 41)

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui emel kepada nfarhana@mampu.gov.my dan efy@mampu.gov.my sebelum atau pada 17 Mac 2023.

Sila tuliskan tajuk emel "Permohonan Jawatan MySTEP - Penolong Pengarah (Gred 41)"

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Nur Farhana binti Ahmad Hasri atau Puan Efy Mahsuri binti Abdul Aziz.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup maka permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.

2. Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)
Kadar Upah : RM1,900.00 sebulan
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga Disember 2023
Penempatan : Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri

Syarat-syarat permohonan

Individu yang ingin memohon jawatan kosong MySTEP hendaklah:

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
iii. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau setaraf
iv. Berpengetahuan dalam bidang ICT dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint & Adobe Photoshop)
v. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum
vi. Mempunyai pengalaman dalam penganjuran majlis.

Cara Memohon Jawatan Kosong MySTEP - Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui emel kepada nfarhana@mampu.gov.my dan efy@mampu.gov.my sebelum atau pada 15 Mac 2023.

Sila tuliskan tajuk emel "Permohonan Jawatan MySTEP - Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)"

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Nur Farhana binti Ahmad Hasri atau Puan Efy Mahsuri binti Abdul Aziz.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup maka permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong