Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAIK 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Tarikh Tutup
1. Juruaudit W41 Kontrak 27 Mac 2023
2. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Usuluddin) S41 Kontrak 27 Mac 2023
3. Pegawai Hal Ehwal Islam (Pensyarah Bahasa Arab) S41 Kontrak 27 Mac 2023
4. Pegawai Tadbir (Pensyarah Bahasa Inggeris) S41 Kontrak 27 Mac 2023
5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Muda) S29 Tetap 27 Mac 2023
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Kontrak 27 Mac 2023
7. Pembantu Awam H11 Tetap 27 Mac 2023

Tarikh tutup permohonan 27 Mac 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MAIK Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAIK Mac 2023

Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Had Umur

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3kLuG9

2. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3np2BFn) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

3. Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.

4. RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja
  • Rujukan
5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

Alamat Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 Mac 2023 (Isnin).

Perkara Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Sila nyatakan Nama dan Gred Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong