Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD)

Jawatan kosong terkini di Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) sebagaimana berikut.

1. Jurufotografi Gred B29

Tarikh tutup permohonan 05 April 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) 2023

Jawatan : Jurufotografi Gred B29
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Jadual Gaji: RM1,499.00 - RM5,679.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iv) Diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Ujian Khas

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. Calon yang memohon jawatan ini perlu memiliki kamera DSLR untuk dibawa bersama semasa menghadiri Ujian Bakat Jurufotografi.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 05 April 2023 (Rabu), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong