1. Pegawai MySTEP (Gred S41)
Tarikh tutup permohonan 24 Mac 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : IKLIN Putrajaya.
Sektor : Kerajaan
Kekosongan : Satu (1)
Gaji : Rm 2,100.00
Tempoh Lantikan : Mei 2023 sehingga Disember 2023
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Elaun Yang Berkaitan
Penempatan : Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) Putrajaya
Syarat Kelayakan
1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki kelulusan minima Ijazah dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
6. Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.
Deskripsi Tugas
1. Membantu merancang, menyelaras, menguruskan pembangunan latihan IKLIN.
2. Membantu merancang, menyelaras dan mengurus pentadbiran, kewangan dan pelaksanaan latihan / kursus IKLIN.
3. Membantu melaksanakan lain-lain tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (penghantaran secara hardcopy tidak akan dikembalikan):
a) Surat permohonan jawatan;
b) Resume terkini beserta gambar berwarna;
c) Salinan sijil berkaitan (Ijazah/ Diploma/ SPM);
d) Salinan Kad Pengenalan
e) Salinan Sijil Vaksinasi
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke rajendra@perpaduan.gov.my dan ahmadjazli@perpaduan.gov.my dengan catatan " Permohonan untuk Jawatan Pegawai MySTEP Gred S41 ".
Hanya calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.