Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JKN Kedah 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan oleh JKN Kedah sepertimana berikut.

1. Juruaudio Visual N19 (Personel MySTEP)

Tarikh tutup permohonan 06 April 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : JKN kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JKN Kedah Mac 2023

Jawatan : Juruaudio Visual N19 (Personel MySTEP)
Kekosongan : Satu (1)
Gaji : RM1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO.
Penempatan : Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap.

Syarat Kelayakan

1. Berumur tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktoraf setaraf dengannya.
3. Memiliki kemahiran dalam mengendalikan alat siaran.
4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis dengan baik.
5. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta bersedia untuk bekerja diluar kawasan sekiranya diarahkan.
6. Berkebolehan menggunakan kamera untuk tujuan fotografi dan videografi. Kebolehan menghasilkan suntingan seperti poster/ infografik/ video adalah satu kelebihan.
7. Sihat tubuh badan, tidak merokok, cergas dan boleh menerima tugasan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya pada 6 April 2023 (Khamis);

1. Resume berserta gambar terkini
2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan sijil berkaitan.
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Sijil Digital Vaksinasi COVID-19

Sila emelkan permohonan anda kepada : upkzoom@gmail.com
** Sila tuliskan subjek/ tajuk : Permohonan Jawatan Juruaudio Visual N19 (Personel MySTEP)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

3 comments

  1. Saya mencari kerja kosong
  2. sy mencari peluang kerja.. doakan semigavsy berjaya ya..
  3. Assalamualaikum.
    Saya sedang mencari peluang kerja.. semoga dapat kerja..
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong