Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JAKIM 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan KONTRAK di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Penerbit Rancangan B41

Tarikh tutup permohonan 30 November 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JAKIM November 2023

1. Jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Gaji Min - Maks : RM2,078.00 - RM9,544.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Kelayakan Tambahan

Keutamaan:
1. Mempunyai Diploma Tahfiz dari Darul Quran atau mana-mana Diploma Tahfiz/Sijil Tahfiz yang diiktiraf oleh badan berautoriti.
2. Kemahiran dalam komunikasi dan penulisan Bahasa Arab.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh sijil/diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Deskrisi Tugas

1. Bertanggungjawab menyediakan perancangan program bagi Jabatan Pengajian Darul Quran.
2. Bertanggungjawab membantu menyelaras penyediaan dan penyimpanan dokumen yang mematuhi keperluan standard MS ISO 900:2008 dan MQA bagi Jabatan Pengajian Darul Quran.
3. Bertanggungjawab menyediakan kertas cadangan, kertas laporan, kertas permohonan, Kertas Laporan Hasil Matrik Pembelajaran yang berkaitan.
4. Bertanggungjawab membantu menyemak, merekod dan menggubal kurikulum bagi Program Diploma dan Program Pensijilan Darul Quran.

2. Jawatan : Penerbit Rancangan B41
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana
Gaji Min - Maks : RM2,095.00 - RM9,870.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30); atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon yang memiliki kelayakan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Ujian Khas

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Kelayakan Tambahan

Keutamaan:

1. Mempunyai kepakaran dalam menggunakan software antaranya :
  • Final Vut Pro
  • Adobe Premier
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Adobe After Effect
  • 3D Sketch Up
2. Mempunyai kemahiran dalam software grafik Al-Quran (Quran Word).
3. Boleh menerbit promo, kapsul dan showreel.
4. Boleh menerbit montaj dan template. grafik bagi program-program TV.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh sijl/diploma yang diktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Deskripsi Tugas

1. Bertanggungjawab menerbitkan rancangan televisyen (TV) dan radio berkonsepkan bual bicara, majalah/dokumentari dan berita.
2. Bertanggungjawab menerbitkan program dan Public Service Announcement (PSA) VT dan radio.
3. Mengendalikan mesyuarat penerbitan bagi program VT dan radio.
4. Merangka treatment, skrip dan bajet bagi penerbitan program TV, radio, promo dan PSA.
5. Membentangkan cadangan treatment, skrip dan bajet sesebuah penerbitan.
6. Memastikan penerbitan program dan promo yang dihasilkan menepati tarikh siaran, kandungan dan penilaian teknikal sebelum disiarkan. 
7. Menyelaras tugasan kepada penolong penerbit, pembantu penerbitan, penyunting visual dan pereka grafik berdasarkan program.
8. Bertanggungjawab mengendalikan pra produksi (kertas cadangan, perancangan carta perbatuan dan kelulusan perbelanjaan). 
9. Bertanggungjawab mengendalikan produksi (pengarahan single camera production dan multiple camera production, penyediaan skrip, pengolahan idea kreatif).
10. Bertanggungjawab mengendalikan pasca produksi (proses kerja suntingan audio dan visual shingga berjaya untuk siaran).
11. Menyelaras penerbitan video showreel bagi keperluan sidang media/acara pelancaran program dan pelbagai versi promo rancangan.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 30 November 2023 (Khamis), jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong