Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah sepertimana berikut.

1. Pegawai Perangkawan Gred E41

Tarikh tutup permohonan 07 April 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : JTKS Sabah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) Mac 2023

Jawatan : Pegawai Perangkawan Gred E41 (Personel MySTEP)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Profesional
Gaji : RM2,100.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO.

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia
2. Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.

Kreteria Pemohonan
  • Mempunya kemahiran tinggi dalam teori dan aplikasi statistik sperti analisis statistik, regression, statistical testing.
  • Memiliki kemahiran mentafsir dan menganalisis data khususya yang melibatkan data pasaran buruh.
  • Memiliki pengalaman dalam penghasilan dan penulisan laporan berbentuk ilmiah.
  • Memiliki pengalaman dan kemahiran dalam Statistik/ Visualization Tools seperti Tableau, Eviews, SPSS dan Excel VB.
Skop dan Tanggungjawab
  • Merancang proses pengumpulan data jabatan.
  • Mengumpul, menganalisa dan mentafsir data jabatan.
  • Merekabentuk dan menghasilkan templat pelaporan di dalam bentuk digital seperti powerpoint, poster dan pamplet jabatan.
  • Menyampaikan penemuan dan penafsiran data jabatan kepada pihak pengurusan atasan jabatan.
Cara Memohon

a) Pemohon hendaklah menghantar resume yang tidak melebihi saiz 5 MB bersama gambar berwarna,sijil digital vaksinasi, salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Akademik melalui email psmjtksabah@mohr.gov.my

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.

c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 April 2023 (Jumaat)

d) Permohonan yang tidak lengkap dan teratur akan DITOLAK.

e) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

f) Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong