Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong JAIS 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertaraf Kontrak sebagaimana berikut.

1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Penolong Jurutera (Awam) JA29
4. Penolong Jurutera (Elektrik) JA29
5. Penolong Juruukur Bahan JA29
6. Juruteknik Komputer FT19
7. Pembantu Hal Ehwal Islam S19

Tarikh tutup permohonan 16 Mac 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : JAIS, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mac 2023

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah atau boleh juga diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas (Gred 41 dan keatas).

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika : 
  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar dan
  • tidak ditandatangani.
f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Sebelum atau pada 16 Mac 2023 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari.

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:
  • selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
  • selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)
i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Agama Islam Selangor di talian : 03-5514 3421 / 3475 / 3416 / 3550

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong