Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong ICT@Johor 2023

Jawatan kosong terkini di  Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di ICT@Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sepertimana berikut.

1. PERSONEL MySTEP

Tarikh tutup permohonan 09 Mac 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong ICT@Johor 2023

1. Jawatan : PERSONEL MYSTEP

a) Jabatan : ICT@JOHOR
b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
c) Kekosongan : Satu (1)
d) Kadar Upah : RM1,700.00

2. Tempoh Perkhidmatan : Mac 2023 hingga 1 Jun 2023

3. Waktu Bekerja : 9 (sembilan) jam sehari termasuk waktu rehat

4. Syarat Lantikan : 

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 30 tahun;
iii. Mempunyai SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
dan

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh diperolehi di Pejabat ini dengan cara datang sendiri di Pejabat ICT@Johor pada waktu pejabat. atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

b. Borang-borang yang telah diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut : -

i. Sijil kelahiran
ii. Kad pengenalan
iii. Sijil berhenti sekolah
iv. Sijil kelulusan persekolahan SPM atau setarafnya
v. Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

Dan catatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas sampul surat

c. Setiap salinan surat/dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung)

Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA.
iii. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Skop Tugas

Satu (1) orang yang berkemahiran dalam;
  • Melaksanakan tugasan khidmat pelanggan di Kaunter ICT@Johor;
  • Membantu tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di Kaunter ICT@Jrohor seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan jabatan;
  • Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan;
  • Membantu merekod surat-surat masuk; dan
  • Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.
Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut :

SETIAUSAHA BAHAGIAN
ICT@JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR
79503 ISKANDAR PUTERI
JOHOR

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan ICT@johor disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong