Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Jawatan kosong terkini di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (lsank) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah sepertimana berikut.

1. Penghantar Notis H11

Tarikh tutup permohonan 16 Januari 2023.
Lokasi penempatan : Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Air Negeri Kedah 2023

1. Jawatan : Penghantar Notis H11
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract Of Service)
Gaji : RM1,216.00Minima
Penempatan : Bahagian Pentadbiran Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti

Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

3. Berkelulusan :

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00);
atau
ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15)
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

4. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat PMR

5. Bidang Kelayakan Akademik : Semua Bidang

Pematuhan Kepada Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

2. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan-peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Cara Memohon

1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara pembelian borang berharga RM 3.00 di:

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
Aras 1 Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman

2. Pemohon yang berkelayakan sebagaimana yang ditetapkan di atas sahaja layak memohon. Borang permohonan yang lengkap hendaklah di hantar ke pentadbiran ini dengan disertakan sekeping gambar foto terbaru (berukuran pasport), salinan kad pengenalan, salinan perakuan beranak/sijil kelahiran, salinan semua sijil persekolahan (SRP/PMR, SPM/SPVM dan STPM), salinan sijil berhenti sekolah, salinan dokumen-dokumen lain yang disahkan. Tandatangan pengesahan salinan/sijil dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatannya. Semua salinan hendaklah bersaiz A4.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23 cm x 31 cm dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada :

Pengarah,
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah,
Aras 1, Blok E,
Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

4. Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.

5. Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan akan diproses.

6. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:

- Bahagian Pengurusan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah: 04-7027667
- info@lsank.gov.my
- www.lsank.gov.my

Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sila patuhi arahan yang diberikan.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong