Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KKM Januari 2023

Terdapat 4,914 kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Simpanan Tarikh Tutup
1. Pegawai Perubatan UD43 4,263 2,500 21 Januari 2023
2. Pegawai Pergigian UG41 335 400 21 Januari 2023
3. Pegawai Farmasi UF41 316 600 21 Januari 2023

Tarikh tutup permohonan 21 Januari 2023.
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KKM Januari 2023

1. Pegawai Perubatan UD43
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Gred Jawatan: UD43
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM3,611.00 - RM10,560.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM250

SYARAT KELAYAKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) AktaPerubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. BIDANG PENGKHUSUSAN

a) Perubatan dan Pembedahan; atau
b) Medicine (Perubatan)

4. SYARAT KHUSUS LANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

a) Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016;
b) Calon telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau luar negara;
c) Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2019 sahaja;
d) Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan, tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan tiada perakuan penamatan kontrak (kecuali atas sebab masalah kesihatan) sepanjang tempoh kontrak;
e) Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap; dan
f) Calon masih berkhidmat di KKM sehingga tarikh pegawai diarahkan melapor diri sebagau lantikan tetap.

5. KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperolej kelayakan ijazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

DESKRIPSI TUGAS :

Memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas ‘on call' dan menyampaikan ceramah-ceramah.

2. Pegawai Pergigian UG41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,844.00 - RM9,656.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UG41: RM2,844.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

3. BIDANG PENGKHUSUSAN
a) Pergigian; atau
b) Dental Medicine dan Surgery

4. SYARAT KHUSUS LANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

a) Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016;
b) Calon telah menamatkan khidmat wajib di KKM;
c) Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2018 hingga 2020 sahaja;
d) Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan, tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan tiada perakuan penamatan kontrak (kecuali atas sebab masalah kesihatan) sepanjang tempoh kontrak;
e) Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap; dan
f) Calon masih berkhidmat di KKM sehingga tarikh pegawai diarahkan melapor diri sebagau lantikan tetap.

5. KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan ijazah dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab memberi rawatan pergigian, membuat lawatan ke Pusat-pusat Kesihatan Kecil atau sekolah-sekolah, mengawas pameran kesihatan pergigian dan memberi panduan kepada kakitangan di dalam klinik.

SENARAI ELAUN :

Elaun Perumahan : RM250.00
Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM300.00
Elaun Kritikal : RM750.00
Elaun COLA : RM100.00-RM300.00 (mengikut lokaliti)

3. Pegawai Farmasi UF41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,740.00 - RM9,656.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UF41: RM2,740.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

3. BIDANG PENGKHUSUSAN
a) Farmasi

4. SYARAT KHUSUS LANTIKAN PEGAWAI KONTRAK

a) Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016;
b) Calon telah menamatkan khidmat wajib di KKM;
c) Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2018 hingga 2020 sahaja;
d) Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan, tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan tiada perakuan penamatan kontrak (kecuali atas sebab masalah kesihatan) sepanjang tempoh kontrak;
e) Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap; dan
f) Calon masih berkhidmat di KKM sehingga tarikh pegawai diarahkan melapor diri sebagau lantikan tetap.

5. KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperolej kelayakan ijazah dan berdaftar sebagai Ahli Lembaga Farmasi Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

DESKRIPSI TUGAS :
  • Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
  • Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
  • Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini

Sila join kami di telegam : Klik Disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong