Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Ujian Lasak Terbuka DBKL Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri ke Ujian Lasak Terbuka DBKL sepertimana berikut :

Ujian Lasak Terbuka Bagi Jawatan

1. Pembantu Penguatkuasa KP19 (Lelaki/ Wanita)
Tarikh Ujian Lasak Terbuka : 14 Disember 2022 (Rabu)
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat :

INSTITUT LATIHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (IDB)
NO. 19, JALAN YAACOB LATIF (JALAN TENTERAM)
BANDAR TUN RAZAK, 56000 CHERAS
KUALA LUMPUR

Ujian Lasak Terbuka DBKL Disember 2022

JAWATAN : PEMBANTU PENGUAT KUASA (LELAKI / WANITA)
KEKOSONGAN JAWATAN : 127
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK / TETAP
GRED JAWATAN/GAJI : GRED KP19
(RM1,360.00 – RM4,052.00)

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(1) (a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain; atau
(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 1(a)(i), 1(a)(iii) dan 1(a)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN

Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu atau lesen tempoh percubaan (P) yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

B. UMUR

Calon-calon hendaklah berumur 21 tahun hingga 28 tahun pada tahun 2022.

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Lasak Terbuka:

(i) KAD PENGENALAN;
(ii) SIJIL KELAHIRAN;
(iii) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). SLIP KEPUTUSAN SPM TIDAK DITERIMA;
(iv) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
(v) BUKU PERKHIDMATAN (BEKAS POLIS / TENTERA);
(vi) LESEN MEMANDU ATAU LESEN TEMPOH PERCUBAAN (P) YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);
(vii) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT

CATATAN

(i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;
(ii) Calon dikehendaki berpakaian t-shirt berwarna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;
(iii) Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Lasak Terbuka ini; dan
(iv) Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong