Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pejabat Daerah dan Tanah Baling

Jawatan kosong terkini di Pejabat Daerah dan Tanah Baling 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada penduduk negeri Kedah yang menetap di Daerah Baling) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pejabat Daerah dan Tanah Baling sebagai:

1. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup permohonan 18 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pejabat Daerah dan Tanah Baling



Syarat Lantikan

a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i.Warganegara Malaysia (LELAKI SAHAJA)
ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
iii.Pentaksiran Tingkatan tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,218.00)
iv.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
v.Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

b) Deskripsi Tugas

i.Menjalankan tugas-tugas am bersifat ‘hands on’ yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan di luar bangunan pejabat.
ii.Menjalankan tugas- tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja
iii.Menjalankan kerja-kerja memotong rumput di Pejabat Penghulu Mukim

2.Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

3.Semua permohonan hendaklah disertakan Salinan dokumen- dokumen berikut yang telah disahkan bersama-sama borang permohonan;

a) Sekeping gambar (terbaharu) berukuran passport.
b) Kad Pengenalan
c) Sijil Pendaftaran Kelahiran / Sijil Lahir
d) Sijil Berhenti Sekolah
e) Sijil Persekolahan
f) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini (bagi calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan).

4. Borang permohonan yang telah diisi lengkap bertulis tangan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm. Di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas JAWATAN YANG DIPOHON.

5. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :

PEGAWAI DAERAH BALING,
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING,
09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Disember 2022 (Ahad) sebelum jam 12.00 tengahari.

7. CATATAN AM

1. Hanya calon- calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

2.Calon yang tidak dipanggil adalah kerana tidak memenuhi syarat Asas Tapisan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan.

3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan mengikut kepentingan perkhidmatan.

4. Sila Patuh pada arahan yang ditetapkan.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong