Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Jawatan kosong terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Zakat Kedah spertimana berikut.

1. Pegawai Eksekutif Gred ZK7
Bahagian : Keselamatan Siber

2. Pegawai Eksekutif Gred ZK7
Bahagian : Audit Dalam Dan Integriti

3. Pegawai Eksekutif Gred ZK7
Bahagian : Media Dan Digital

Tarikh tutup permohonan 20 Mei 2023 (Sabtu).
Lokasi penempatan : LZNK Kedah.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Mei 2023

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Pegawai LZNK yang sedang berkhidmat yang bertaraf tetap dan kontrak dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di atas.

3. Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

4. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

5. Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);
b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

6. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p: Divisyen Pengurusan Modal Insan)

7. Permohonan Yang DITOLAK
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam iklan ini;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan atau tidak jelas;
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.
Perhatian

Calon hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2023 (Sabtu).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong