Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Negeri Sembilan 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) disember 2022. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau.

1. Pensyarah UiTM

Tarikh tutup permohonan 16 Disember 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Negeri Sembilan 2022

Bil. Jawatan dan Gred Skim Perkhidmatan Gaji Minimum - Maksimum
1. Professor VK7 Pensyarah UiTM RM7,676.00 - RM20,592.00
2. Professor Madya DM53 Pensyarah UiTM RM6,162.00 - RM13,235.00
3. Pensyarah Kanan DM51 Pensyarah UiTM RM5,855.00 - RM12,445.00
4. Pensyarah DM45 Pensyarah UiTM RM3,070.00 - RM11,095.00

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan dan syarat-syarat kelayakan

(i) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan: https://pengambilancns.uitm.edu.my/
(ii) Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

2. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga ini akan terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

3. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara
ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh iklan dikeluarkan pada 2 Disember 2022 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Disember 2022 (Jumaat) sebelum jam 5.00 Petang.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong