Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV21

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai:

1. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV21
(Bidang Jahitan)

Tarikh tutup 29 Disember 2022 (Khamis).
Lokasi penempatan : UTM Johor Bahru, Johor.
Sektor : Kerajaan

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV21

JAWATAN : PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
GRED : DV21
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN

JADUAL GAJI:

GAJI MINIMUM - GAJI MAKSIMUM
RM 2,271.00 RM 4,725.00 RM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM115.00

ELAUN:

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 350.00

TARAF JAWATAN : TETAP
LOKASI : UTM Johor Bahru

SYARAT LANTIKAN:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (GRED DV21)
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,435.12)
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,493.24)
e) Mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV21: RM2,271.00)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred DV21 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.
2. Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
3. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
5. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)
6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada:

Seksyen Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
UTM Johor Bahru
81310 Johor Bahru
Johor.


SYARAT TAMBAHAN:

1. Keutamaan diberikan kepada pemegang Diploma Kemahiran Malaysia
2. Keputusan dan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik pada peringkat SPM/SPMV diberi keutamaan.
3. Perokok adalah sangat tidak digalakkan memohon.
4. Calon yang aktif dalam bidang sukan adalah digalakkan untuk memohon.
5. Boleh bekerja secara kreatif dan inovatif.
6. Sahsiah

a. Mempunyai isiplin diri yang positif.
b. Berketerampilan baik dan kemas.
c. Semangat kerja berpasukan dan integriti yang tinggi.
d. Sentiasa patuh kepada tugas yang dipertanggungjawabkan.
e. Bersedia menerima beban tugas yang lebih mencabar.
f. Komitmen kerja yang sangat tinggi dan sanggup menjalankan tugas di luar waktu pejabat.
g. Berkemampuan melaksanakan tugas melebihi tugasan hakiki.
h. Berkemampuan bekerja dalam apa jua situasi (work under pressure).
i. Bersedia melaksanakan tugas dengan penuh integriti, akauntabiliti dan ikhlas.

SYARAT TAMBAHAN PTJ:

1. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma/ Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Jahitan.

2. Mempunyai tahap pengalaman/ kemahiran dan kemampuan mengajar bidang jahitan

a) bidang kemahiran khusus pengendalian mesin-mesin industri (mesin jahit industri, mesin jahit tepi, mesin sulam dan lain-lain),
b) bidang kemahiran pembuatan pakaian (rekaan pola asas, manipulasi pola, pemotongan pola)
c) bidang kemahiran menjahit pakaian lelaki dan wanita
d) bidang kemahiran peralatan dan bahan- bahan jahitan

3. Lulus temubual yang dijalankan di peringkat Fakulti
4. Lulus Ujian Kompetensi yang ditetapkan di peringkat Fakulti.


DESKRIPSI TUGAS :

1. Pengajaran dan pembelajaran bidang jahitan

a) Membantu penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran

i. pelan mengajar
ii. kertas penerangan
iii. kertas kerja,
iv. kertas tugas
v. alat-alat bantuan mengajar

b) Membantu membuat tunjuk cara bagi pengajaran amali
c) Membantu memastikan pencapaian pengetahuan dan kemahiran pelatih
d) Menyelia dan mengurus ujian, tugasan, dan laporan kemajuan pelatih
e) Menjalankan tugas-tugas lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran seperti diarahkan dari masa ke semasa

2. Pengurusan dan penyeliaan hal ehwal makmal/ bengkel jahitan

a) Menjalankan proses pembangunan dan kelestarian makmal/ bengkel mengikut piawaian aspek di bawah agar peralatan dan bahan digunakan adalah mencukupi, baik, berfungsi, selamat dan ekonomi

i. pengurusan pembelian bahan dan peralatan
ii. penyelenggaraan
iii. perolehan
iv. pelupusan

b) Menyelia penggunaan makmal/ bengkel dari segi pematuhan disiplin, keselamatan, kebersihan, kerosakan, penggunaan bahan dan peralatan, dan kesejahteraan
c) Menyediakan dokumen pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
d) Menyediakan daftar inventori dan rekod keluar masuk bahan, peralatan dan mesin dalam makmal/ bengkel
e) Terlibat dalam merancang dan penyusunan peralatan dan mesin
f) Merancang pembahagian jadual tugasan pelatih bagi kawalan kebersihan dan keselamatan
g) Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan dan penyeliaan hal ehwal makmal/ bengkel seperti diarahkan dari masa ke semasa

3. Penyelidikan, khidmat professional, perundingan

a) Membantu pensyarah dalam

i. pengajaran dan pembelajaran
ii. khidmat professional
iii. perundingan
iv. penulisan

b) Menjalankan tugas-tugas lain dalam membantu pensyarah menjalankan penyelidikan, khidmat professional, perundingan, dan penulisan yang diarahkan dari masa ke semasa

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong