Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pejabat TYT Negeri Melaka 2022

Jawatan kosong terkini di Pejabat T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka sepertimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

Tarikh tutup permohonan 15 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Pejabat TYT Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pejabat TYT Negeri Melaka 2022



JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
GRED : N29
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
JABATAN : PEJABAT T.Y.T YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
TARAF JAWATAN : KONTRAK

JADUAL GAJI

GAJI MINIMUM : RM1,493.00
GAJI MAKSIMUM : RM5,672.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00

ELAUN :

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM : RM 160.00
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM 300.00
BANTUAN SARA HIDUP : RM 300.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
i. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Berumur kurang dari 30 tahun pada tarikh lantikan

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN :

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan menghantar resume beserta gambar passport secara pos/serahan tangan.
2. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
4. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan ke atas)
5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
6. Pemohon yang berjaya akan diberikan tempoh percubaan selama (3) tiga bulan dengan kadar bayaran sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) selama tempoh tersebut sebelum dilantik ke jawatan kontrak.
7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos/serahan tangan kepada:

Setiausaha Sulit kepada
T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka
Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka
Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh
75450 Melaka.

SEBELUM ATAU PADA : 15 DISEMBER 2022

SYARAT TAMBAHAN :

1. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
2. Perokok adalah sangat tidak digalakkan memohon.
3. Keutamaan diberikan kepada pemohon lelaki, anak kelahiran Melaka atau telah bermastautin di Melaka melebihi 10 tahun.

DESKRIPSI TUGAS DAN KOMPETENSI :

Kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan yang sukakan cabaran, jujur, komited, berdaya saing, boleh bekerja lebih masa apabila diperlukan dan boleh bekerja dalam pasukan.

Berikut adalah kompetensi khusus diperlukan untuk jawatan ini:

i. Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal di Istana Melaka iaitu kediaman rasmi T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka;
ii. pengurusan majlis rasmi;
iii. perkhidmatan personel;
iv. pengurusan pentadbiran di Istana Melaka;
v. mengendalikan pengurusan pelanggan dan kunjung hormat yang diadakan di Istana Melaka;
vi. penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Kerajaan; dan
vii. Penyeliaan terhadap kakitangan di bawah seliaan.

Kebolehan dalam microsoft office dan sistem sokongan ICT merupakan keperluan tambahan untuk tugas ini.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong