Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong NIBM Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Institut Bioteknologi Kebangsaan atau National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) sepertimana berikut.

Bil. Nama Jawatan Lokasi Tarikh tutup
1. Saintis (Pengurus Kualiti GMP) Selangor 22 Disember 2022
2. Juruteknik Pulau Pinang 09 Disember 2022

Tarikh tutup permohonan sehingga 22 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong NIBM Disember 2022

1. Jawatan : Saintis (Pengurus Kualiti GMP)

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Membantu dalam proses semakan atau kelulusan Kawalan Kualiti analitikal, proses pengeluaran dan kestabilan data yang menyokong ujian produk;
  • Membantu dalam menguruskan bahan mentah dan bekalan untuk pembuatan;
  • Menyediakan sokongan untuk operasi pengisian, penyediaan produk akhir termasuk proses pelabelan dan pembungkusan produk;
  • Menyediakan, menambahbaik dan mengemaskini Garis Panduan dan polisi;
  • Membantu dalam urusan berkaitan dengan Pengurusan Kualiti semasa urusan pemeriksaan oleh pihak luar atau secara dalaman;
  • Menyediakan laporan kualiti;
  • Membantu dalam pengurusan tindakan pembetulan dan pengurusan tindakan pencegahan serta membuat analisis punca;
  • Membangun, mengemaskini dan menyemak analisis kawalan kualiti, peralatan dan proses kelayakan serta data berkaitan;
  • Menjalankan pemantauan alam sekitar terhadap kemudahan dan ujian utiliti kritikal;
  • Terlibat dalam proses audit dalaman terhadap fasiliti/proses/data;
  • Membantu dalam proses semakan/pelepasan kelompok; dan
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Kelayakan dan Pengalaman:
  • Warganegara Malaysia;
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi atau Sains atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam industri yang terlibat di dalam penghasilan vaksin manusia;
  • Berpengalaman dalam menguruskan kualiti fasiliti GMP bagi penghasilan vaksin manusia; dan
  • Calon yang memiliki sijil latihan berkaitan GMP merupakan satu kelebihan.
2. Jawatan : Juruteknik

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Membantu dalam menyelia aktiviti penyelenggaran merangkumi kerja-kerja awam, elektrikal, mekanikal, ICT bangunan;
  • Membantu dalam menyelia kerja-kerja pembaikan bangunan merangkumi skop elektrikal, mekanikal, ICT dan awam bangunan;
  • Membantu dalam menyelia kerja-kerja pembersihan bangunan, kawalan makhluk perosak, penyelenggaran lanskap bangunan dan kawalan tanpa senjata;
  • Membantu dalam menguruskan proses pemilihan pelawaan, pembelian, perkhidmatan, pembekalan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan;
  • Membantu dalam memeriksa dan menyediakan senarai kerosakan bangunan;
  • Membantu dalam menyelia keselamatan dan kesihatan pekerja;
  • Membantu dalam kerja-kerja penyelenggaraan makmal berakreditasi ISO, GMP, GLP dan AAALAC; dan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke kemasa.
Kelayakan dan Pengalaman:
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki sekurang-kurangnya STPM atau Sijil Kemahiran yang diiktiraf;
  • Pemegang Diploma (Awam/Mekanikal/Elektrikal) daripada institusi- institusi pengajian tinggi yang diiktiraf digalakkan memohon dan merupakan satu kelebihan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan; dan
  • Berpengetahuan dalam kerja-kerja sivil/mekanikal/elektrikal.
Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan, hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia di alamat https://www.jobstreet.com.my secara 'online' atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.

Iklan, syarat-syarat dan permohonan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong