Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LUAS Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagai:

Bil. Nama Jawatan Klasifikasi Perkhidmatan Taraf Jawatan Kekosongan
1. Penolong Jurutera PSH Bertaraf Diploma Kontrak (Min. 3 Bulan) Tiga (3)
2. Penolong Pegawai Tadbir PSH Bertaraf Diploma Kontrak (Min. 3 Bulan) Satu (1)
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) PSH Bertaraf SPM Kontrak (Min. 3 Bulan) Satu (1)

Tarikh tutup permohonan 12 Disember 2022.
Lokasi penempatan : LUAS Selangor.
Sektor : Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong LUAS Disember 2022

SYARAT PERMOHONAN

(1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;

(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(b) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(c) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.

Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(3) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM
*mana-mana yang berkaitan
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(f) Gambar berukuran pasport.

(4) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

(5) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

(6) Pihak LUAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

(7) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan yang lengkap beserta resume dan dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar melalui surat menggunakan alamat tertera :

PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)

Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 12 Disember 2022 (Isnin)
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong