Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong IKIM Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:

1. Pegawai Tadbir Gred N41

Tarikh tutup permohonan 15 Disember 2022.
Lokasi penempatan : IKIM Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong IKIM Disember 2022

Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,524.00 - RM9,768.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman. Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan tahap prestasi yang ditetapkan)

Elaun

i) Khas : RM300
ii) Perumahan : RM300
iii) Bantuan Sara Hidup : RM300

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup ikan jawatan;
(c) Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang pengurusan pejabat/ perniagaan/ yang bersesuaian yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya
(d) Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(e) Mempunyai dua (2) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kualiti/ ISO dan pengurusan rekod;
(f) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik.
(g) Calon hendaklah telah lengkap menerima 2 dos vaksin Covid-19.

ANTARA BIDANG TUGAS

1. KUALITI DAN PEMATUHAN

1.1 Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen, kualiti dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
1.2 Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman, Audit Susulan serta Pemeriksaan Kualiti.
1.3 Menyelaras, mengawal serta menyemak produktiviti, kualiti dan inovasi IKIM.
1.4 Menyelaras Mesyuarat Semakan Pengurusan, Mesyuarat Pelan Strategik IKIM serta mesyuarat yang melibatkan Unit Inovasi & Kualiti.
1.5 Mengawal dokumen-dokumen dan Sistem Pengurusan Kualiti.
1.6 Menyelenggara sistem pengurusan rekod IKIM.
1.7 Menyelaras mesyuarat Semakan Pengurusan IKIM untuk menyemak, menganalisis dan menilai prestasi Sistem Pengurusan Kualiti itu terlaksana sebagaimana yang dijadualkan.
1.8 Mengambil tindakan terhadap semua aduan dan maklum balas yang berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan kualiti dan menentukan aduan itu tidak berulang lagi.
1.9 Merancang dan mempromosikan kempen kesedaran bagi seluruh warga kerja IKIM tentang pentingnya kualiti.

2. INOVASI

2.1 Menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan inovasi di IKIM bagi memastikan tadbir urus dilaksanakan.
2.2 Menyediakan Pelan Tindakan dan inisiatif – inisiatif inovasi dilaksanakan bagi mewujudkan pembudayaan inovasi di IKIM.
2.3 Memantau Daftar Inovasi IKIM.

3. PENGURUSAN

3.1 Merancang dan melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan Unit.
3.2 Memastikan urusan kualiti dan inovasi berjalan dengan lancar.
3.3 Menyelaras urusan registri dokumen dan rekod IKIM / Pegawai Rekod Jabatan dalam urusan registri IKIM.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2022.

Kesemua dokumen hendaklah disahkan. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong