Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2022. Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan di DBKU sepertimana berikut:

1. Setiausaha Pejabat N29

Tarikh tutup permohonan 13 Januari 2022.
Lokasi penempatan : DBKU Sarawak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

1 a) Jawatan: Setiausaha Pejabat N29
b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
d) Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan
e) Bahagian Yang Memerlukan: Pejabat Datuk Bandar

2. Jadual Gaji Setiausaha Pejabat N29
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
RM 1,493.00 - RM 5,672.00

3. Antara Skop Tugas Utama

a) Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Datuk Bandar berjalan lancar.
b) Memastikan semua keperluan rasmi Pengarah dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja/temujanji Pengarah supaya teratur
c) Memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, mengendalikan e-mel, menyediakan surat-menyurat, memo, minit mesyuarat, laporan dan pengurusan fail
d) Merekod keluar masuk surat menyurat untuk arahan dan tandatangan Pengarah dan mengagihkannya untuk tindakan pegawai-pegawai berkenaan
e) Tugas-tugas lain sebagai seorang pembantu peribadi

4. Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
b) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00 ] atau
c) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,770.95]
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Taraf Jawatan : Kontrak

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi termasuk nombor telefon peribadi yang mempunyai aplikasi whatapps, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan

Tarikh Akhir Permohonan : 13 Disember 2022 (Selasa)

Catatan Am

(i) Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak memberi maklumat dengan lengkap tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraitapis sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI