Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong DBP Disember 2022

Jawatan kosong terkini/ Temuduga terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Personel MySTEP / Kontrak di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai:

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Gaji Sebulan Penempatan
1. Perancang Bahasa Gred S41 Enam (6) RM2,000.00 Kuala Lumpur
2. Pereka Gred B29 Sembilan (9) RM1,800.00 Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan 16 Disember 2022.
Lokasi penempatan : DBP Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong DBP Disember 2022



1. Jawatan : Perancang Bahasa
Gred : S41
Bilangan Kekosongan : Enam (6)
Gaji : RM2,000.00

Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Linguistik Bahasa Melayu; dan
  • menguasai tatabahasa, terjemahan, ejaan, tanda baca dan ayat serta mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris; dan
  • mempunyai pengalaman dalam pengendalian data berasaskan komputer.
Ujian Pra-kelayakan : Ujian pra-kelayakan akan diadakan sebelum sesi temu duga.

Penempatan : DBP Ibu Pejabat

2. Jawatan : Pereka
Gred : B29
Bilangan Kekosongan : Sembilan (9)
Gaji : RM1,800.00

Kelayakan Akademik : Diploma dalam bidang Reka Bentuk dan Multimedia atau Komunikasi Massa (Penerbitan) atau yang berkaitan serta diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman:
  • mereka bentuk/mereka letak buku termasuk kulit buku dan buku korporat; dan
  • mereka bentuk/mereka letak poster, gegantung dan latar pentas; dan
  • menggunakan perisian (Adobe Photoshop/Ilustrator/ InDesign)
  • dalam bidang penerbitan buku secara teknikal.
Ujian Pereka Gred B29 : 

a. Calon perlu menduduki ujian khas berkaitan dengan rekaan grafik.
b. Calon perlu membawa komputer riba dan perlu ada perisian Adobe Photoshop/Ilustrator/InDesign.

Penempatan : 
i) DBP Ibu Pejabat/ Hulu Kelang

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

CARA MEMOHON

I. Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi https://epengambilan.dbp.gov.my/logmasuk atau sila kepautan yang diberikan di bawah
II. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya dan segala keputusan dalam urusan ini muktamad.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN TEMU DUGA

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Unit Perjawatan di talian 03 – 2147 9346/9331 atau e-mel pengambilan@dbp.gov.my .

TARIKH AKHIR PERMOHONAN : 16 DISEMBER 2022

Iklan dan syarat kelayakan jawatan kosong DBP disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong