Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Kelantan November 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) november 2022. Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sepertimana berikut:

1. Pembantu Kemahiran H19

Tarikh tutup permohonan 16 November 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Kelantan 2022

Jawatan : Pembantu Kemahiran Gred H19
Skim Perkhidmatan : Pembantu Kemahiran
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,377.00 - RM4,052.00

Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Perhatian Kepada Pemohon

1. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
• Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan


*Sila kemukakan semua DOKUMEN (PDF) melalui link seperti berikut : https://forms.gle/EX13BXZC6xZ74gPa8

2. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
3. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
4. Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.

Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 NOVEMBER 2022 (RABU)

3. Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui link seperti link seperti berikut :
https://forms.gle/EX13BXZC6xZ74gPa8

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada : Puan Nur Liyana Mohamed Ziadi di 09-976 2068 (whatsapp business)

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong