Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PERKESO Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepertimana berikut.

1. Ketua Cawangan Komunikasi Jenama Gred 26
2. Ketua Unit Enterprise Resources Management (ERM) Gred 25
3. Pegawai Komunikasi Korporat Gred 23

Tarikh tutup permohonan 07 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Perlbagai Negeri
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong PERKESO Disember 2022

Jawatan : Ketua Cawangan Komunikasi Jenama Gred 26

Kelayakan :

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan penjenamaan, pemasaran serta pengurusan Projek di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai organisasi besar serta dan berkemahiran dalam bidang perhubungan awam, publisiti dan digital media;
5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik;
6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab :

1. Memimpin dan menyediakan hala tuju strategik dalam merangka strategi dan perancangan jenama bersepadu yang mencerminkan dan mengukuhkan visi dan nilai PERKESO dengan menentukan kedudukan jenama yang diingini;
2. Membangunkan program ekuiti jenama dan nilai PERKESO untuk memastikan pemahaman tentang organisasi yang konsisten di seluruh negara;
3. Mengemudi penggubalan dan pewujudan identiti dan garis panduan jenama korporat yang merangkumi pelaksanaan identiti jenama yang koheren, pemahaman dan aplikasi melalui piawaian, templat, alatan dan sokongan kepada pihak berkepentingan dalaman dan luaran untuk menyelaraskan semua inisiatif penjenamaan dan komunikasi;
4. Menyediakan hala tuju strategik dalam penjanaan idea kepada pelaksanaan strategi Perbelanjaan Pengiklanan & Promosi atau Advertising & Promotional Spend (A&P) untuk menyampaikan mesej utama berkaitan PERKESO melalui pelaksanaan pengiklanan produk dan korporat (corporate and product advertising), kempen dan promosi yang berkesan;
5. Memperkenalkan PERKESO melalui kempen dan acara korporat dicapai melalui pelaksanaan acara yang strategik, berkesan dan berkualiti dan menguruskan penglibatan dan penyertaan PERKESO di acara industri, pameran perdagangan dan persidangan.

Lingkungan Gaji:

Min: RM9,100.00 - Maks. RM21,400.00

Waktu bekerja:

8.00 jam

Jawatan : Ketua Unit Enterprise Resources Management (ERM) Gred 25

Kelayakan:

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SIjil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Mempunyai pengalaman minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan ICT dan projek/program ICT.
5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik; dan
6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab :

1. Memproses permohonan Panel ICT daripada pembekal-pembekal ICT dengan memastikan maklumat permohonan adalah mematuhi senarai semak di dalam Garis Panduan Pengurusan Panel Perkhidmatan Panel ICT dan mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Penilaian Panel Perkhidmatan ICT (JPPPICT);
2. Menyedia Kertas Cadangan Senarai Panel ICT yang telah diluluskan oleh JPPPICT untuk dibentangkan ke Lembaga PERKESO dan mengeluarkan Surat Pelantikan Panel ICT;
3. Menyemak dan memastikan isi kandungan deraf kontrak adalah menepati maklumat yang terkandung di dalam Request for Information (RFI);
4. Memproses Permohonan Keperluan Sumber daripada Panel ICT yang telah dilantik dengan memastikan maklumat permohonan adalah mematuhi senarai semak di dalam Garis Panduan Pengurusan Panel Perkhidmatan Panel ICT dan membentangkan permohonan yang telah disemak ke dalam Mesyuarat JPPPICT;
5. Menjadi Urusetia Mesyuarat JPPPICT termasuk membuat jemputan, mencatat minit dan menyediakan minit mesyuarat serta membuat edaran minit mesyuarat;
6. Menyediakan Minit Bebas, Surat Arahan Kerja (Work Order) bagi Permohonan Keperluan Sumber yang telah diluluskan oleh JPPPICT untuk ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Eksekutif;
7. Membuat edaran Surat Arahan Kerja kepada panel ICT yang terlibat dan surat yang telah disetuju terima oleh pihak panel ICT akan diedakan kepada Bahagian Kewangan dan pemohon keperluan sumber; dan
8. Menyemak dan memproses invois yang telah dikemukakan oleh pihak panel ICT mengikut Surat Arahan Kerja.

Lingkungan Gaji :

Min. RM8,200.00 - Maks. RM19,000.00

Waktu bekerja :

8.00 jam

Jawatan : Pegawai Komunikasi Korporat Gred 23

Kelayakan :

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan dalam bidang komunikasi yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Memiliki pengalaman dan berkemahiran dalam penulisan akhbar, media sosial dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris serta boleh berkerjasama dan dengan pihak media terutamanya berhubung dengan perkara berkaitan PERKESO.
5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.

Tanggungjawab :

1. Membantu menyediakan dan menyemak kenyataan media, maklum balaskepada media, teks-teks ucapan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Lembaga, Ketua Eksekutif, talking points sidang media, Q&A, artikel, op-ed dan temu bual bersama media serta lain-lain;
2. Membantu membuat pemantauan dan menyediakan laporan liputan media berkaitan PERKESO;
3.Membantu menguruskan hal-hal berkaitan media termasuk sidang media, jemputan liputan media, temu bual dan soal jawab bersama media serta program untuk mewujudkan hubungan baik dengan kumpulan media;
4. Membantu merangka Pelan Krisis Komunikasi dan Garis Panduan Komunikasi Korporat;
5. Membantu merancang dan menguruskan secara strategik maklum balas kepada pihak luar berkaitan sebarang isu sensitif berkaitan PERKESO yang boleh membawa impak positif atau negatif kepada organisasi;
6. Membantu menguruskan hal-hal berkaitan perhubungan awam dengan pihak Pejabat Menteri dan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia seperti kemas kini takwim, program, menghadiri mesyuarat dan kursus, penyediaan maklum balas PERKESO dan sebagainya;
7. Membantu merancang, menyedia dan menguruskan konsep serta kandungan bagi bahan hebahan seperti pengumuman, notis, makluman, bahan komunikasi untuk media sosial rasmi PERKESO;
8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

Min. RM3,100.00 - Maks. RM14,000.00

Waktu bekerja:

8.00 jam

Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta memenuhi kreteria sepertimana di atas hendaklah membuat permohonan secara 'online' di laman MyCareer PERKESO (sila ke pautan yang diberikan di bawah).
2. Sila ikuti langkah ini untuk memohon :

(i) Klik pada pautan yang diberikan di bawah.
(ii) Di laman MyCareer PERKESO pemohon hendaklah klik pada button 'PERINCIAN' untuk melihat butiran syarat kelayakan dan button 'MOHON' untuk membuat permohonan.

3. Tarikh tutup permohonan pada 07 Disember 2022 (Rabu).

Iklan dan permohonan jawatan PERKESO secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong