Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pembantu Pustakawan S19 UiTM 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengsi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang sepertimana berikut.

1. Pembantu Pustakawan Gred S19

Tarikh tutup permohonan 5 Disember 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Pulau Pinang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pembantu Pustakawan S19 UiTM 2022

Jawatan : Pembantu Pustakawan Gred S19
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,352.00 - RM4,003.00

Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan
• Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
• Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (penjawat awam)
• Laporan Rujukan (bukan penjawat awam bagi permohonan jawatan Gred 41 dan ke atas Pengurusan & Profesional borang seperti dilampiran 1)

3. Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
6. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
7. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.

CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan memuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Disember 2022 (Isnin).
(d) Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS BERTAM
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
NO. TEL: (04) 562 3454/562 3455/563 3430

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong