1. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N44
Tarikh tutup permohonan 21 November 2022.
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
1.1 Jawatan/ Gred : Pegawai Penyelidik Sosial Gred N44
1.2 Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Bilangan Kekosongan : 7
2. GRED DAN JADUAL GAJI : RM3,551.00 – RM10,406.00 (Gred N44)
3. SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Berumur tidak kurang daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3.4 Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 5 tahun dalam bidang penyelidikan Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan/ menulis apa-apa jurnal atau hasil penyelidikan.
3.5 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3.6 Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian-perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.
3.7 Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
3.8 Telah lengkap divaksin.
4. CARA-CARA MEMOHON
4.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my). atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
4.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
4.3 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), resume, salinan MyKad, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah, jurnal/ hasil penyelidikan (wajib) dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 ke atas).
4.4 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 NOV 2022 (ISNIN)
Catatan Am:
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.
(d) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Saimunira Binti Mohd Sidek (+603-2603-6886) dan Puan Faizatul Fazrin Binti Badrul Hisham (+603-2603-6883).
Muat turun borang permohonan jawatan disini (doc)