Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sepertimana berikut.

1. Pegawai Peperiksaan Gred DG41
2. Penolong Juru Audit Gred W29

Tarikh tutup permohonan 25 november 2022.
Lokasi penempatan : MPM Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2022

Jawatan : Pegawai Peperiksaan Gred DG41 (Kontrak)
Kekosongan: 3
Klasifikasi Perkhidmatan: Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gaji permulaan : RM2,188.00

Elaun:
ITKA : RM300.00
ITP : RM300.00
BISH : RM300.00

* ITKA: Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP: Imbuhan Tetap Perumahan BISH: Bantuan Imbuhan Sara Hidup

Syarat Kelayakan

(i) Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris.

(ii) kepujian subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Jawatan : Penolong Juru Audit Gred W29 (Kontrak)
Kekosongan: 1
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gaji permulaan : RM1,776.08

Elaun:
ITKA : RM160.00
ITP : RM300.00
BISH : RM350.00

* ITKA: Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITP: Imbuhan Tetap Perumahan BISH: Bantuan Imbuhan Sara Hidup

Syarat Kelayakan

(i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(ii) Certified Accounting Tecnician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;

(iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(v) kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh tutup permohonan: 25 November 2022 (Jumaat).

Cara memohon:

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online (sila kepautan yang diberikan di bawah).

Catatan:

(a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

(b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

(c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong