Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAIK Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bertaraf KONTRAK sepertimana berikut.

BIL. JAWATAN DAN GRED TARAF SYARAT KELAYAKAN
1. Pegawai Tadbir (Pegawai Pematuhan) N41 Kontrak Muat Turun
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Kontrak Muat Turun

Tarikh tutup permohonan 10 Disember 2022.
Lokasi penempatan : MAIK Kelantan.
Sektor : Kerajaan / Berkanun.

Jawatan Kosong MAIK Disember 2022

GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON

1) Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3AgymXH

2) Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3np2BFn) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

3) Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.

4) RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja
  • Rujukan
5) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 10 DISEMBER 2022

PERKARA AM

1) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3) Sila nyatakan Nama dan Gred Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong