Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah november 2022. Permohonan adalah dipelawa darpada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai:

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Jawatan Kekosongan
1. Eksekutif (Ukur Bahan/ Kejuruteraan Awam) Z9 Kontrak Dua (2)
2. Pembantu Eksekutif (Pemandu) Z11 Kontrak Dua (2)

Tarikh tutup permohonan 15 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Kedah.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun.

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Negeri Kedah 2022

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
  • Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.
  •  Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :
a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)
  • Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:
a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);
b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

ASAS TAPISAN

Bergantung kepada jumlah permohonan yang layak mengikut syarat dalam iklan berbanding dengan kekosongan jawatan, pentadbiran ini akan menetapkan asas tapisan seperti peperiksaan kemasukan ke dalam Skim Perkhidmatan Saraan Zakat dan lain-lain penilaian untuk menentukan jumlah calon yang sesuai dipanggil temuduga.

PERMOHONAN YANG DITOLAK
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam iklan ini;
  •  Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan atau tidak jelas;
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.
PEMBERITAHUAN MENGENAI CALON YANG TIDAK BERJAYA

Calon hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong