Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JHEAIK Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada yang bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman) berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sebagai:

1. Guru KAFA

Tarikh tutup permohonan 6 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JHEAIK Disember 2022

SYARAT PERMOHONAN


1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;
3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:
- Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu;
- Kepujian Pendidikan Islam ATAU kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan
- Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya
4. Tinggal dan bermastautin di Negeri Kedah.
5. Memiliki lesen memandu yang sah.
6. Telah mengambil dos lengkap Vaksinasi COVID-19
7. Sihat mental dan fizikal.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN

Menyediakan softcopy dokumen-dokumen berikut:

1. Gambar berukuran pasport.
2. Sijil Pelajaran Malaysia.
3. Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan/ Julai (Jika berkaitan)
4. Sijil Pengesahan Vaksinasi Lengkap COVID-19
- Muat turun sijil melalui aplikasi MySejahtera.

ARAHAN

1. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dan mengikut format yang diarahkan.
2. Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
3. Sila pastikan alamat Email yang diberikan masih aktif.
4. Tidak dibenarkan berkongsi alamat Email dengan pemohon lain.
5. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan permohonan DITOLAK.

TARIKH TUTUP

Tarikh akhir menghantar permohonan adalah pada 6 Disember 2022.

UJIAN KELAYAKAN

Pemohon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru KAFA Kedah (Online) akan dimaklumkan melalui Email dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan).

Permohonan jawatan secara online disini ( google form)
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong