Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) 2022

Jawatan kosong terkini Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan adalah dipelawa memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) sepertimana berikut.

1. Penolong Pegawai Penerangan S29
Kekosongan : 3 Simpanan : 30

Tarikh tutup permohonan 15 November 2022.
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) 2022

Jawatan : Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Jabatan Penerangan Malaysia 
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,493.00 - RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :
PERINGKAT ORGANISASI
Jabatan Penerangan Malaysia

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Aspek Kewangan dan Operasi


(a) Melaksanakan menyediakan perbelanjaan mengurus tahunan.
(b) Bertindak sebagai pegawai operasi aktiviti dan program jabatan di peringkat bahagian, negeri dan daerah.
(c) Melaksanakan aktiviti penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara melalui pendekatan komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik.
(d) Mengawal selia pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat daerah.
(e) Mengurus program dan aktiviti yang dijalankan.

Aspek Perancangan

(a) Melaksanakan program dan aktiviti di peringkat negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awam dan komunikasi visual.
(b) Melaksanakan program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat negeri dan daerah.
(c) Melaksanakan secara bersepadu program dan aktiviti mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum bagi memupuk semangat cintakan negara.
(d) Menyediakan laporan kaji selidik aktiviti di peringkat negeri dan daerah.
(e) Menjalankan aktiviti naziran dan perancangan strategik berkenaan perhubungan awam, media dan publisiti serta aktiviti-aktiviti jabatan.

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan

(a) Menyediakan laporan aktiviti dan program di peringkat negeri dan daerah ke arah memenuhi keperluan stakeholder dan kumpulan sasaran.
(b) Mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang penerangan.
(c) Membantu menyediakan rangkaian dan jaringan penyebaran maklumat dan pengumpulan maklum balas secara sistematik.
(d) Menyediakan laporan mengenai program selaras dengan perubahan dan persekitaran semasa.

Aspek Latihan

(a) Menjalankan program latihan kepada kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikut keperluan dan kemahiran.
(b) Melaksanakan program keperluan tenaga manusia jabatan agar mencapai matlamat dan objektif jabatan.
(c) Menyediakan laporan latihan kakitangan di bawah Dasar Latihan.

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)

(a) Berkelulusan Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(b) Berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c) Berkebolehan dalam komunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
(d) Berkebolehan membuat penyampaian dengan berkesan kepada individu dan kumpulan.
(e) Berkebolehan menguruskan konflik dan menyelesaikan masalah.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 15 November 2022 (Selasa), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong